Logo

Anak Asrama SMK Ayer Hitam

Selamat Datang ke Portal Anak Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (AaSAH).

Informasi

Portal Rasmi Asrama SMK Ayer Hitam

Berita Baharu

Kejayaan SMKAH dalam STPM 2024

SMKAH telah menerima Sijil Penghargaan daripada JPN Negeri Kedah atas kejayaan warga SMKAH untuk mencapai GPS 3.11 untuk STPM 2024. Seramai empat orang pelajar telah meraih purata nilai mata 4.0, mencerminkan komitmen luar biasa dalam akademik dan usaha keras warga sekolah.

Murid-murid SMKAH di MSSM 2024

Seramai 4 orang murid SMKAH telah terpilih mewakili MSS Kedah di dalam kejohanan Kriket dan Bola Baling Majlis Sukan sekolah Malaysia 2024.

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (SMKAH) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1965. Penubuhan sekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan peringkat menengah di kawasan Kubang Pasu Barat. Sekolah ini ialah sekolah menengah yang pertama di kawasan ini. Pada peringkat awal penubuhannya, pelajar-pelajar terpaksa ditempatkan di SK Jerlun. Kemudian apabila bilangan pelajar semakin ramai, bangunan SRJK(C) Yuh Min, SK Alor Janggus dan SMA Nurul Islam terpaksa dipinjam oleh pihak pentadbir sekolah ini. Bangunan asal SMKAH, iaitu tiga buah bangunan dua tingkat telah siap pada 6 April 1968. Bangunan asal tetap ini telah dirasmikan pada 6 Mei 1969 oleh YB En. Mohamed Khir Johari, Menteri Pendidikan ketika itu. Pada tahun 1972, sebuah bangunan makmal dua tingkat dan bengkel KHB telah dibina. Seterusnya, asrama telah dibina dalam tahun 1985. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin meningkat, bangunan “kilat” dan bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1990. Sekolah ini juga telah mendapat sebuah dewan besar yang mula beroperasi pada tahun 2010. Sekolah ini telah mendapat penghormatan untuk menubuhkan kelas Pra-Universiti. Pada tahun 1994 pula, kelas aliran agama telah diwujudkan. Akhirnya sebagai langkah awal menjadikan SMKAH sebagai sebuah sekolah elit, Kelas Rancanagn Khas yang menempatkan pelajar-pelajar terpilih telah mula beroperasi pada tahun 2001. Sekolah ini juga telah mendapat dua buah blok bangunan 4 tingkat yang mula dibina pada tahun 2012 bagi menampung pertambahan pelajar yang begitu pesat.

PENTADBIR SEKOLAH

pengetua

EN. ROSLAN BIN MAT DESA

Pengetua Sekolah

pk1

PN. SARIFAH BINTI ABDUL RAZAK

Penolong Kanan Pentadbiran

pkhem

PN. WAN ROPIAH BINTI WAN YUSUF

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

pkkoko

EN. ZAINUL AKRAMIN BIN MOHD SALIM

Penolong Kanan Kokurikulum

pkt6

PN. SUZANA BINTI ABU YADZIT

Penolong Kanan Tingkatan Enam

PENTADBIR ASRAMA

pk1

EN. ASRUL BIN SALLEH

Warden Asrama

pkhem

EN. MUHAMMAD BIN ZAIN

Penyelia Asrama

Visi Asrama

Misi Asrama

Lokasi Sekolah